
barusan saja selesai berdiskusi tentang dunia pekerjaan di dalam bidang pentadbiran pejabat bersama panel kehormat, miss wani. bidang yang sememangnya asing untuk kami, graduan di dalam bidang SAINS alam sekitar. miss wani bekerja di bahagian pentadbiran di sebuah syarikat swasta di cyberjaya setelah tamat pengajian. aku pula, setelah setahun berhibernasi di teratak ayah bonda, menyertai program latihan dan penempatan anjuran kerajaan malaysia di dalam bidang pentadbiran pejabat. ibarat lembu dicucuk hidung, bodoh-bodoh alang saja aku menyertai program ini, akibat pujukan rayu dan madah-madah manis dari miss umu. tapi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru kan? aku teringat nasihat seseorang kepada ku. beliau menyatakan walau setinggi mana jawatan kamu di dalam syarikat kelak, kamu harus tahu bagaimana syarikat kamu diuruskan dan bagaimana ia beroperasi. kamu juga mesti tahu tugasan setiap pekerja dari yang paling rendah kepada yang paling tinggi lebih-lebih lagi jika kamu yang berada di jawatan yang tinggi itu. takkan la kamu sebagai pegawai tinggi tidak pandai mengendalikan mesin fotokopi, mesin faksimili ataupun tidak tahu unit-unit yang berada di bawah kamu. malu bukan? hakikatnya memang wujud insan sebegitu. semua tugas diserahkan kepada kerani. kejam sungguh. moga aku tidak lupa diri andai kata aku hidup senang nanti. amin..
penat lak mengformalkn ayat ni.. neway aku da lupe sape yg bg nasihat kat atas tu. rmai sgt yg menasihat. hoho~ miss wani mesti da jd mcm akak2 opis yg emo yg kite benci nak tgk dl tu kn. hehe..tu sebab dulu kite xpaham keje mereka, skrg da phm sket. mmg tensi.
minggu lpas kat dlm kelas kitorang kene wat meeting olok2, lakonkan ibarat real meeting in a real company (everything in english ok). group aku pilih tuk jd HR department. ha.. aku tau HR je xtau plak bawah die banyak lg division2nye.. aku pn da mule pening da.. bahagi punye bahagi, aku kene jd assisstant manager tuk IR division.. hape benda tuh?? aku tau jd lab assisstant je!! huhu~ pastu ade lg division payroll, benefit, training n development. sumpah aku xtau pape psl tugas diorang. so aku kene la banyak btanye pd yg tau.. pung pang pung pang.. selesai meeting. phm la sket2 tugas diorang.
one thing that i like most about group work in my class, all of us will participate, everybody give their opinions, and they will ask if they are not sure about something. kitorang mmg sgt produktif. laen sgt time blaja dulu. aku kurang gemar kalo ade group work sbb aku tau mesti ade yg jd sleeping partner, x buat keje. orang tanye, xreti bg opinion. enough with that!
kesimpulan pd karangan aku kali ni, don't just focus on what you're doing n refuse to widen your horizon. always learn something new. xrugi ape pn.. ilmu itu penyuluh hidup.
p/s: miss akma, jd ke kite nak p kursus fotografi?

4 comments:
hah..
ko dah keje mmg ko akan tau ler cane gayanya org keje nih...
nak demam dah aku rasa nih..
lagi satu, aku rasa cam macik2 jek..membebel keje aku huaaa..
kejela cpt anis, ikut jejak langkah aku jadi makcik k hehehe
ala.. xkeje pn da jd makcik gak
hehe~
ko ni da buat aku takut nak keje la..
jom smbung blaja~
huhu..
"ibarat lembu dicucuk hidung, bodoh-bodoh alang saja aku menyertai program ini, akibat pujukan rayu dan madah-madah manis dari miss umu."
i lyke the lembu words.. haha~ ingat lagi moment2 dirimu dituduh ibarat lembu.. NVM.. u r my besterest gak.. lantak org nak kata apa..
mmg saje ltak word lembu..
nak kenang kembali memori berdarah sejuk tu
huhu~~
Post a Comment